Monday 21 November 2011

Pertandingan Mendeklamasi Sajak 2011

Pada September yang lepas,
Saya dan seorang cikgu telah membawa empat orang murid pergi ke Melaka
 Untuk menyertai Pertandingan mendeklamasi Sajak kebangsaan.
Oleh kerana sekolah saya telah memenangi johan peringkat daerah dan negeri,
Maka berpeluanglah kami untuk menyertai mendeklamasi sajak di peringkat kebangsaan
Di negeri yang penuhi dengan sejarah
dan
keagungan kesultanan Melayu ……..
Pertandingan selama tiga hari dua malam ini amat bermakna kepada kami sebagai guru dan empat peserta murid yang comel lagi bersemangat…
Ini kerana kami dapat menimbal pengetahuan yang baru,
Dan kenangan yang manis…
Walaupun kami hanya memenangi tempat ke-empat
Tetapi ini ia boleh dikatakan sangat bermakna dan membanggakan
Saya berharap tahun hadapan,
Sekolah saya akan mewakili wilayah persekutuan sekali lagi,
Dan mendapat keputusan yang lebih baik untuk sekolah dan negeri…
Yoke Nam BOLEH!!!!





 Pentas Pertandingan




Dewan Pertandingan


Tempat Duduk Pengadil


Guru-guru dan Murid-murid yang comel


Comelkan anak murid saya!!!

Yeahhhh!!!!

Kelab pantun kanak-kanak

Minggu ini merupakan minggu terakhir murid-murid
tahun empat, lima dan enam menghadiri Kelab Pantun Kanak-Kanak.
Sudah dua tahun saya diamanahkan menjadi Guru Penasihat Kelab Pantun Kanak-Kanak.
Tetapi,
 hati masih terkobar-kobar untuk memegang jawatan ini.
Sepanjang dua tahun ini,
saya dari tidak tahu apa-apa tentang pantun kanak-kanak,
sekarang dah kira tahu sedikit sebanyak ….
Apa yang saya harapkan,
Sepanjang proses pengajaran saya,
murid-murid dapat menghayati pantun kanak-kanak,
meningkatkan kemahiran menulis pantun kanak-kanak,
serta berasa seronok untuk belajar pantun kanak-kanak.      












Murid-murid menumpukan perhatian untuk menulis pantun kanak-kanak. Syabas dan teruskan usaha anda!!!




Video klip murid-murid mempersembahakan pantun kanak-kanak melalui nyanyian